Wednesday 22 February 2012

Pengenalan Diri Tuan Punya Belog

Assalammualaikum w.b.t...

Aku, Nor Syamila Bt Mohd Mohkheri. Berumur 20 tahun. Telah dilahirkan di sebuah rumah kampung di daerah Yan,Kedah pada 17 Januari 1992. Merupakan anak ketiga daripada empat org adik beradik dan menetap bersama keluarga tercinta di sebuah bandar yang tidak asing lagi yang dikenali sebagai Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur...

Aku telah mendapat pendidikan awal dari tadika Melodi tak jauh dari kawasan rumah aku.. Untuk pengetahuan korang, tadika tu tadika cina tau tak. Aku tadika selama 2 tahun. Nak kata fasih cakap cina tak la juga. Tapi, boleh la kalau nak bilang dari nombor satu sampai sepuluh. Yang lain-lain dah lupa la.. Banyak sangat kenangan aku masa tadika.

Okay..dah la tu. la ni cerita pasal sekolah rendah.. lepas grad tadika (cewaahh.'grad') Melodi aku sekolah pula dekat Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara selama 6tahun. Sampai darjah 6. Sekolah tu depan rumah aku je. UPSR aku boleh la kalau nak dikatakan cemerlang..Alhamdulillah :)

Tamat sekolah rendah,, aku sekolah pula dekat Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara (2). Aku dapat MRSM. Tapi, dengan bangganya aku tolak mentah-mentah.. OK. tu sume tipu. Aku tak mohon pun.. Aku sebenarnya suka sekolah biasa je. Rumah dekat. Belajar pun biasa-biasa je. Paling tak pun ada kelas tambahan masa petang. PMR dengan SPM aku Alhamdulillah. LULUS. Bak kata org dulu-dulu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Sekolah kat mana-mana pun sama je..

Zaman matrikulasi adalah zaman yang paling seronok. Sangat-sangat seronok. Tak salah aku pilih Matrikulasi Selangor sebagai tempat aku meneruskan pelajaran. Selain matrik, aku juga dapat tawaran dari UITM, Melaka dalam bidang yang sama dengan matrik iaitu PERAKAUNAN. Ada sebab kenapa aku pilih matrik. Mungkin tak perlu aku cerita.. :) Dekat matrik aku mula belajar berdikari. Cuba berdiri di kaki sendiri. Mak ayah tak duduk sekali.. Kawan-kawan yang selalu buat aku 'happy go lucky'.. Sebab tu kawan-kawan dekat matrik semua rapat-rapat belaka..

Sekarang zaman matrik dah berlalu pergi. Tapi, tak perlu sedih lagi sebab Universiti Kebangsaan Malaysia,(UKM) kini dihati... (macam sajak plak).hehe. Oh yeahh..UKM antara universiti terbaik Malaysia. Sekurang-kurangnya aku telah buat mak ayah aku gembira. Sebab mak ayah aku nak sangat-sangat tengok aku masuk U. Alhamdulillah lagi sekali. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.:) InsyaAllah aku tak akan sia-siakan peluang ni... wassalam.

(google)


#pengenalan diri yang sangat panjang#