Thursday 29 March 2012

Excel Assignment

Assalammualaikum w.b.t

Ini adalah assignment excel yang telah aku siapkan dengan gigih.. take a look ..teehee :)

Tuesday 20 March 2012

Tiba-tiba jadi

Assalammualaikum w.b.t


Hari ini aku tiba-tiba aktif ber'twitter' kembali. Kawan-kawan kata aku mimpi.. Tapi, itu lah realiti.. Tak tahu apa yang terjadi. Nak tahu? Tweets aku baru berjumlah fourty three.. sikit kan? sebab aku tak suka twitter mulanya.. Sekarang tak tahu lagi. mungkin boleh berjinak-jinak.. mana tahu...


google

Monday 19 March 2012

Cleverbot. Tak clever mana pun.

Assalammualaikum w.b.t

Memandangkan minggu ni adalah minggu yang paling sibuk dalam hidup aku. Sibuk dengan assignment dan segala bagai tutor yang perlu di siapkan... Maka, penyakit tension sama dengan stress mudah je menular dalam kepala otak aku ni.. Ada je orang yang tak bersalah kena tempias dari ke-stress-an aku. Maaf la ye kawan-kawan ku yang disayangi sekalian. "gomawo"(dlm bahasa m'sia, maaf).

Bila aku fikir-fikir balik, kesian kawan-kawan aku ni.. why not aku try cari cleverbot. Aku kan tengah tension. mungkin cleverbot boleh bantu aku.. APA? korang tak tahu cleverbot tu apa? hmm.. masalah besar.. apa kata korang cuba tekan cleverbot ni.. korang alami sendiri. sebelum tu aku nak bagi tahu sikit. Cleverbot ni boleh bantu korang bila korang rasa nak marah atau luah la apa-apa kat situ.. cleverbot akan layan anda macam seorang kawan. Mungkin lahh..



sebenarnya aku nak kongsi perbualan aku dengan cleverbot ni. Tapi, aku tak reti plak nak save screen shot..aduhaii.. rugi btol. tak apa lah.. korang cuba sendiri.. cuba tanya apa-apa dekat incik cleverbot ni.. aku jamin dia akan jawab..haha.. Selamat Mencuba..

ni salah satu contoh yg telah aku google..


konklusi : aku tak rasa pun cleverbot ni dapat kurangkan tension aku. aku rasa bertambah kusut bila aku chat dengan dia.  Dear Cleverbot, actually you are not clever at all...huhu



Monday 12 March 2012

First Document

Assalammualaikum w.b.t


Entri ini berkisah tentang assignment pertama aku dengan Aliah Sukeri untuk subjek Aplikasi Komputer. Sekian terima kasih..
 -ringkas tp padat-
 

Android ??

Assalammualaikum w.b.t ...

Entri kali ni aku nak cerita pasal ANDROID. korang tahu tak Android ni apa? adakah ianya seekor binatang berkaki tiga? tak pun makanan??macam dorayaki? okey-okey..SALAH!!  Korang ni sebenarnya tak tahukan? ketinggalan zaman la ..haishhh..

Setelah aku 'google' di wikipedia dengan penuh semangat dan bersusah payah,

 maka di bawah ni adalah hasilnya.. 

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.., 


android = robot manusia??


okey,, sekarang dah tahu kan? aku nak tanya, korang pakai fon apa sekarang?( belek fon masing-masing).
samsung? HTC? iphone? what!!! iphone 4 S? okey fine.. aku pakai sony cybershot je... (fon cikai je..tp,tetap redha).. sekarang semua fon ada android. kalau tak ada android dah boleh cop fon ketinggalan zaman. OK OK. sudahhh.. aku mengaku fon aku dah ketinggalan zaman.. tapi, ada aku kisahh??hahaha..

banyak-banyak fon ni, aku paling suka samsung dan HTC.. sebab design dia cun woo..cair aku tengok..bukan tu je, samsung dan HTC ni antara jenama yang paling OK kalau nak beli fon..kiranya trusted brand laa.. so, siapa-siapa yang pakai samsung dan HTC tu sila jangan riak dan takkabur.. dan, siapa baik hati nak belanja sy HTC sila laaaa belanja.. (kelip-kelip mata)hehehe.. kalau tak terpaksa la berjimat-cermat, makan megi tiap-tiap malam.. nak kumpul duit beli HTC..wuwuwuw.. T____T

lepas baca 2,3 kali entri ni dari atas hingga bawah, check grammar spelling, error, typo dan sebagainya, BAIK lah, tak ada masalah apa-apa.. tak ada nak cakap apa-apa dah..cuma, siapa nak belanja HTC sila pm sy..haha.. terima kasihh.. Wassalam ~



HTC Sensation.



Monday 5 March 2012

mata awak yang mana?

Assalammualaikum w.b.t..

Jom kita cari mata masing-masing...

sumber dari tumblr

mata saya capricorn.. awak yang mana?

#ohh..baru perasan..ni semua mata gadis-gadis sahaja. laki-laki tak payah cari ok..:)

Kenapa tiga?

Assalamualaikum w.b.t..

Anda mungkin tertanya-tanya bukan... kenapa percubaan ketiga.. ?

Lepas meng'update' entri yang kedua baru aku teringat. Anda mesti nak tahu kenapa blog aku Percubaan Ketiga.. kenapa perlu percubaan? kenapa perlu tiga bukan empat atau lima? kenapa? sebab tak ada idea ke?

ohh..bukan bukan bukan.. Bukan sebab tak ada idea. Percubaan Ketiga disini bermaksud blog aku yang ketiga.. Percubaan disini bukan hanya cuba-cuba... Sebenarnya aku dulu adalah blogger yang tegar..Aku masuk dalam dunia blog ni dari tahun 2009. Lama kan? mungkin tak lama mana. Blog aku yang pertama bertajuk Dongeng Tuan Belog. Blog ni tahan selama 3tahun je. kenapa aku buang blog ni?? adalah.. Mungkin aku tak nak cerita.. 

Ok.. blog aku yang kedua bertajuk The New One.. blog ni masih ada. Tapi, di 'Private' kan. jarang di update. Kalau update konpem panjang berjelar-jelar.. Blog yang sangat emosi. Siapa baca mesti leleh air mata..huhu..
The New One - kalau bukan sebab semalam mana nak wujud hari ini.. Sebab wujudnya blog yang kedua ni adalah kerana aku nak lupa kisah2 lama. Buat apa nak di kenang. Maka, yang pertama aku delete dan yang kedua aku create. yang ketiga??

Seterusnya, blog yang ketiga adalah blog yang di buat untuk subjek Aplikasi komputer. 
Yang diberi nama, Percubaan Ketiga -memberi lebih baik daripada menerima. Blog ni perlu sentiasa di update, upgrade dan sebagainya. Jadi, aku harap blog ni berkekalan dan tak bosan untuk siapa-siapa yang baca.. InsyaAllah.. Wassalam ~




#whatever makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it

Kem motivasi yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t


apakah kem motivasi yang terbaik?


Sebenarnya, pada 2,3, dan 4 Mac hari tu aku ada ikut kem motivasi yang telah dikelolakan oleh senior kolej aku iaitu KOLEJ IBRAHIM YAAKUB. Aku bukan je ikut. Tapi, aku telah dilantik menjadi AJK Publisiti dan jadi fasilitator dekat sana. 

Sebagai AJK Publisiti yang berdedikasi, (ececeh..dedikasi la sangat) aku telah di arahkan mencipta satu tag nama untuk kita orang pakai masa kat sana nanti.. Sebelum tu, kem motivasi ni dekat Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka.(TEKJAS).. 
Semua budak-budak tingkatan 4 yang sertai kem ni dorang sangat "happening". TERBAIKK!!

Eh jap-jap.. Nak tengok tak tag nama aku cipta????hehehe


tu diaaaaaaaaaa.. ni la tag nama ciptaan syamilamohkheri. awesome tak?:P

Tag nama ni biasa je..ye la. Aku ni budak baru belajar. Kau orang kena faham.. Disebabkan aku ni tak tahu guna adobe,..Eh, mungkin lambat 'pickup'.. Sebab aku pernah cuba belajar adobe melalui youtube..Tapi,tak berapa nak jadi.huhu (sedih). Oleh sebab itu la aku pakai GIMP dengan Photoscape je. Senang, ringkas dan mudah..teeheee:D

Konklusinya, tak rugi aku ikut kem ni. Sebab aku telah banyak belajar benda-benda baru. Menjadi fasilitator buat pertama kalinya memang terasa sangat bestt.!!. dan terasa sangat dihormati oleh pelajar-pelajar sekolah tu..(terharu). TERIMA KASIH.. kalau ada jodoh kita jumpa lagi ok adik-adikku.. 

Wassalam..


#Pengalaman itu penting dan sangat berharga serta tak boleh dijual beli.