Entri kali ni aku nak cerita pasal ANDROID. korang tahu tak Android ni apa? adakah ianya seekor binatang berkaki tiga? tak pun makanan??macam dorayaki? okey-okey..SALAH!! Korang ni sebenarnya tak tahukan? ketinggalan zaman la ..haishhh..
Setelah aku 'google' di wikipedia dengan penuh semangat dan bersusah payah,
maka di bawah ni adalah hasilnya..
Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile..,
android = robot manusia??
okey,, sekarang dah tahu kan? aku nak tanya, korang pakai fon apa sekarang?( belek fon masing-masing).
samsung? HTC? iphone? what!!! iphone 4 S? okey fine.. aku pakai sony cybershot je... (fon cikai je..tp,tetap redha).. sekarang semua fon ada android. kalau tak ada android dah boleh cop fon ketinggalan zaman. OK OK. sudahhh.. aku mengaku fon aku dah ketinggalan zaman.. tapi, ada aku kisahh??hahaha..
banyak-banyak fon ni, aku paling suka samsung dan HTC.. sebab design dia cun woo..cair aku tengok..bukan tu je, samsung dan HTC ni antara jenama yang paling OK kalau nak beli fon..kiranya trusted brand laa.. so, siapa-siapa yang pakai samsung dan HTC tu sila jangan riak dan takkabur.. dan, siapa baik hati nak belanja sy HTC sila laaaa belanja.. (kelip-kelip mata)hehehe.. kalau tak terpaksa la berjimat-cermat, makan megi tiap-tiap malam.. nak kumpul duit beli HTC..wuwuwuw.. T____T
lepas baca 2,3 kali entri ni dari atas hingga bawah, check grammar spelling, error, typo dan sebagainya, BAIK lah, tak ada masalah apa-apa.. tak ada nak cakap apa-apa dah..cuma, siapa nak belanja HTC sila pm sy..haha.. terima kasihh.. Wassalam ~
HTC Sensation.
No comments:
Post a Comment