aku suka stitch sejak semalam.hehe <3
Sunday, 27 May 2012
Trifle yang sedap
The Trifle
hiasan
Bahan-bahan:
2 bekas container
400g gula kasar
1 gulung swiss roll(perisa mengikut citarasa-kami prefer
strawberry jam/blueberry swiss roll)
2.4L air (mengikut anggaran sendiri)
2 paket serbuk agar2 (clear)
1 paket kristal jem
2 tin fruit cocktail
Setengah gelas tepung kastard
2 tin susu cair
2 tin nestle cream
Cara-cara:
>> Sediakan dahulu bahan2 tanpa dimasak dan diikuti
yang perlu dimasak. <<
=Bahan2 tanpa dimasak=
Potong swiss roll dengan potongan sederhana nipis dan di
susun ke dalam bekas sebagai base adunan. Anda juga dikehendaki untuk
memasukkan campuran fruit cocktail ke dalam bekas beserta air buahan di dalam
tin tersebut.
=Bahan2 perlu dimasak=
A) Menyediakan jeli
- Panaskan 2.4L air di dalam periuk
-Masukkan 2 paket serbuk agar dan 1 paket Kristal jeli
-Kacau masakan tersebut sehingga mendidih
-Masakan telah sedia untuk dituangkan ke dalam bekas
Biarkan jeli dan semua campuran di dalam bekas sejuk untuk
beberapa minit agar jeli tersebut dapat menjadi sedikit keras. Ini bertujuan
untuk memastikan kastard dapat disapukan di lapisan atas jeli dan tidak
tenggelam ke dalam campuran.
B)Menyediakan Kastard
-sediakan setengah gelas tepung kastard di dalam mangkuk
-tuangkan 2 tin susu cair Ideal dan bancuh sehingga tepung
kastard menjadi sebati dan tidak berketul
-Panaskan campuran ini ke dalam periuk dengan api yang kecil
-Pastikan anda sentiasa menggaul masakan ini agar tidak
hangus atau berketul2.
-Sapukan kastard ke atas lapisan jeli yang sudah mengeras
perlahan dengan rata
-Setelah itu, masukkan ke dalam peti sejuk
C) Menyediakan cream
- Kisarkan setengah gelas gula kasar sehalusnya
-Masukkan 2 tin nestle cream ke dalam mangkuk
-Taburkan 1 sudu besar gula halus ke dalam cream
-Gaulkan sehingga sebati
-Tambahkan gula mengikut citarasa anda(jgn terlalu manis
ya!!)
Hidangkan ketika sejuk, sapukan cream di atas lapisan
kastard tadi sebelum hendak makan.
Selamat mencuba!!
The Leiden
Assalammualaikum w.b.t
siapa suka tulip?? jom ikut aku pergi melancong dekat Leiden, Netherland!!.
tempat yang paling aku nak pergi.. selepas Mekah :) Ya Allah teringinnya nak tangkap gambar dekat ladang tulip..
siapa suka tulip?? jom ikut aku pergi melancong dekat Leiden, Netherland!!.
jom tengok!!
pelik tapi menarik!!
sumber daripada foren-6.. tiba-tiba ter'click' kat blog ni dan terus nak kongsi..:)
sumber daripada foren-6.. tiba-tiba ter'click' kat blog ni dan terus nak kongsi..:)
cara diet yang betul
Assalammualaikum w.b.t
entri ni khas untuk mereka yang ingin diet yang sihat..
sumber daripada petuasejagat.
entri ni khas untuk mereka yang ingin diet yang sihat..
sumber daripada petuasejagat.
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein
dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging,
susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti
tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan
memakan buah-buahan seperti epal
Buah epal - thundafunda.com
3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda
seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang
sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma
pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan
minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot
dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit
walaupun berdiet.
selamat berdiet!!!
Kursus Asas Fotografi
Assalammualaikum w.b.t
Pada 12 dan 13 Mei lepas, aku ada ikut Kursus Asas Fotografi. Anjuran Cesmed UKM.
Syarat penyertaan mestilah ada kamera DSLR.
Aku rasa tak rugi aku ikut kursus ni.. Belajar benda baru.
Sangat best!!!
bawah ni adalah hasil gambar yang telah aku ambil dengan jayanya..
rule of third
leading line
rule of third
the model
the best photo and the photographer like this.. :)
kawan baru :)
yang ni tag dari facebook..:)
tak ramai pun peserta.. dan meraka yang tak ikut tu sangat lah rugi besar..
terima kasih UKM CESMED :)
10 sebab otak rosak
ehemm. sila ambil perhatian....
1. Tidak mengambil sarapan pagi Apabila seseorang tidak
mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang
aktif.
2. Terlebih makan Ia akan membebankan pembuluh darah otak
dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak
terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan Pengambilan gula secara
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udaraOtak adalah pengguna oksigen terbesar
dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan
oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak
tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan
mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasiBerfikir adalah satu cara terbaik
untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikirJarang berfikir akan menyebabkan otak
kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan otak kita.
sumber daripada Berita Harian Online
kenapa aku suka kucing
sebab kucing sangatttttttttt comel. rasa nak picit2 hidung dia.
nak sangat kucing macam kat atas ni.. comelll.. teeheee :)
laptop rosak
apa anda rasa bila laptop kesayangan anda tiada di sisi selama 1 bulan?
macam tak betul je hidup aku. dah la banyak kerja aku tak siap.
termasuk lah meng'update' blog.
haishhh.. T___T
sekarang update dekat rumah.. nasib baik ada desktop kesayangan..
terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)












.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
